Malaysia

JPJ lancar aplikasi urusan bida kereta lelong

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melancarkan aplikasi baharu, JPJvBID, bagi memudahkan orang ramai menyertai lelongan kenderaan sitaan dan dilucuthak secara dalam talian bermula 10 Mac ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata platform digital itu diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan serta kecekapan pengurusan lelongan kenderaan.

Pelaksanaan awal akan dimulakan di Selangor sebagai projek rintis sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Melalui aplikasi tersebut, orang ramai boleh menyemak maklumat serta imej kenderaan dan membuat bidaan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke lokasi lelongan.

Sebanyak 30 kenderaan akan ditawarkan pada peringkat awal, manakala bidaan pertama dijadual berlangsung dari 1 hingga 5 April.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker