Malaysia
Suspek ugut, kejar Zamri Vinoth direman empat hari

Seorang pekerja kilang berusia 20 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat dan ugutan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth.
Perintah reman sehingga Rabu dikeluarkan Majistret Nik Muhammad Shahrul Aiman Kamalrulzaman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Suspek dipercayai pemilik motosikal yang tular dalam rakaman video insiden serangan terhadap Zamri di tepi jalan di Taman Aston Acacia, Seberang Perai Tengah, kira-kira jam 3 petang semalam.
Lelaki itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, manakala polis kini giat mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.




