Malaysia
Sah lepas Raya, keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac depan

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini, menurut Kementerian Pendidikan.
Seramai 413,299 calon menduduki peperiksaan itu di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.
Calon persendirian pula boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.
Semakan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui portal myresultspm.moe.gov.my atau menerusi SMS bermula 10 pagi, 31 Mac hingga 6 petang, 6 April.




