Malaysia
Kes kebakaran bangunan strata tinggi meningkat

Kes kebakaran di bangunan strata tinggi termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memaklumkan sebanyak 86 kes direkodkan tahun ini berbanding 75 kes pada tahun lalu dan 68 kes pada 2023.
Susulan trend itu, Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur mempergiat usaha meningkatkan tahap keselamatan kebakaran.
Ini termasuk memastikan penyelenggaraan sistem keselamatan dilakukan secara berkala serta menggalakkan penglibatan aktif penduduk dan pengurusan bangunan.




