Malaysia

Seperti tiada hasil, Ocean Infinity tamatkan pencarian MH370

Syarikat penerokaan laut dalam, Ocean Infinity menamatkan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi tanpa menemui sebarang petunjuk atau data baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oliver Plunkett memaklumkan kapal syarikat itu meninggalkan zon pencarian pada 23 Januari lalu selepas menjalankan misi selama 151 hari di laut dan memetakan lebih 140,000 kilometer persegi dasar laut.

Walaupun tiada penemuan baharu, usaha pencarian itu membantu memperjelas kawasan yang telah diperiksa bagi rujukan operasi pada masa depan.

Ocean Infinity bagaimanapun menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker