Malaysia
“The show is over” – MBO Cinemas tutup kedai secara kekal

Rangkaian pawagam MBO Cinemas mengumumkan penamatan operasi secara kekal selepas bertahun-tahun beroperasi di Malaysia.
Menerusi kenyataan di media sosial, syarikat itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas sekian lama mencipta pelbagai kenangan bersama penonton di pawagam mereka.
MBO Cinemas turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong mereka sepanjang tempoh operasi.
Orang ramai yang mempunyai urusan bayaran balik diminta menghubungi pihak syarikat melalui emel customercare@mbocinemas.com atau PKF Malaysia untuk maklumat lanjut.




