RSN Rayer pelik Tamim Dahri belum ditahan PDRM

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pelik dan mempersoalkan tindakan polis yang masih belum menahan aktivis Tamim Dahri Abdul Razak susulan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu.
Menurutnya, pelbagai laporan polis telah dibuat di seluruh negara selepas video tular menunjukkan aktivis berkenaan memijak ‘soolam’ atau trishul ketika berada di Langkawi kira-kira empat hari lalu.
Rayer turut meminta penjelasan daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung tindakan yang telah diambil setakat ini.
Beliau menegaskan sebarang kelewatan boleh menimbulkan persepsi layanan tidak adil, memandangkan kes penghinaan agama lain sebelum ini disiasat dan didakwa dengan pantas.
Sementara itu, Tamim mendakwa tidak menyedari objek yang dipijaknya adalah simbol keagamaan, sebaliknya menyangka ia besi berkarat ketika berada di kawasan berkenaan.
Namun dakwaan itu dipertikaikan aktivis masyarakat India yang memaklumkan simbol tersebut milik Kuil Shree Muniswarar Alayam di Langkawi.




