Dunia
Piala Dunia FIFA: Trump cadang Iran tarik diri, demi keselamatan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan skuad bola sepak kebangsaan Iran menarik diri daripada Piala Dunia FIFA akan datang atas faktor keselamatan.
Menerusi platform media sosial miliknya, Truth Social, beliau memaklumkan Iran dialu-alukan beraksi di Amerika Syarikat pada musim panas ini, namun berpendapat kehadiran pasukan itu mungkin tidak sesuai demi keselamatan pemain.
Ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan Iran dijadual berlangsung di Amerika Syarikat.
Iran akan membuka kempen Kumpulan G menentang New Zealand di Inglewood, California pada 15 Jun sebelum bertemu Belgium pada 21 Jun dan Mesir di Seattle pada 26 Jun.




