Dunia

Mojtaba Khamenei ikrar Selat Hormuz terus ditutup

Pemimpin Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei mengumumkan Selat Hormuz perlu kekal ditutup sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel yang bermula pada 28 Februari, menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Dalam mesej awam pertamanya sejak dilantik, beliau menegaskan rakyat Iran mahu meneruskan pertahanan negara serta memberi tekanan kepada musuh.

Khamenei turut memaklumkan Tehran sedang menilai kemungkinan membuka barisan hadapan baharu dalam konflik itu, terutama di kawasan yang dianggap lebih terdedah kepada pihak lawan.

Langkah tersebut berkemungkinan diaktifkan sekiranya perang berlarutan dan selaras dengan kepentingan nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker