Uncategorized
Permohonan MIC sertai PN sah diluluskan

Permohonan MIC menyertai Perikatan Nasional (PN) diluluskan dan disahkan dalam mesyuarat gabungan itu Sabtu lalu, sekali gus menjadikan PN kini mempunyai lima parti komponen.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan surat rasmi penerimaan akan diserahkan kepada Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.
Bagaimanapun, setakat ini pihak Telus Malaysia masih berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada Presiden MIC berhubung perkara tersebut.
Dalam perkembangan sama, PN turut menerima lebih lima lagi permohonan daripada parti lain, selain membuka ruang keanggotaan kepada NGO dan individu sebagai sebahagian usaha memperluas gabungan.



