HiburanMalaysia

Bau nasi minyak.. Syed Saddiq, Bella nikah seminggu lepas Raya?

Spekulasi hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin hangat apabila timbul bayangan mereka bakal melangsungkan majlis istimewa dalam masa terdekat.

Perkara itu tercetus selepas beberapa rakan industri termasuk kenalan rapat memberi petunjuk di media sosial, selain soalan berseloroh mengenai kad jemputan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis.

Lebih mencuri perhatian, komen usahawan Ben Ali yang menyebut “seminggu selepas Raya” mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminat, dengan ramai menjangka tarikh sekitar hujung Mac.

Hubungan pasangan yang digelar “BASS” itu sebelum ini menjadi perhatian sejak digandingkan sebagai duta jenama, selain sering berkongsi momen mesra di media sosial.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi, sama ada ia benar-benar majlis perkahwinan atau sekadar acara Aidilfitri.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker