Dunia
Elak dipenjara, Ronaldo selesai bayar denda RM84 juta

Cristiano Ronaldo terlepas hukuman penjara dalam kes penipuan cukai di Sepanyol melibatkan pendapatan hak imej ketika bersama Real Madrid antara 2011 hingga 2014.
Mahkamah menjatuhkan denda sekitar RM84 juta serta hukuman penjara 23 bulan, namun ia digantung kerana status pesalah pertama.
Kes tersebut telah diselesaikan sejak 2019 selepas Ronaldo mengaku bersalah dan membayar denda, sekali gus membolehkannya terus fokus bersama Al-Nassr dan skuad Portugal.




