Dunia

“Malaysia negara sahabat, tak perlu bayar tol Selat Hormuz” – Duta Besar Iran

Kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz tanpa bayaran tol, sekali gus memberi jaminan laluan selamat di tengah ketegangan serantau.

Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi memaklumkan Tehran tidak menghalang kapal dari negara sahabat, termasuk Malaysia, malah membenarkan laluan tanpa caj.

Perkembangan itu susulan tujuh kapal Malaysia berada di Teluk Parsi dan menunggu kebenaran untuk melalui laluan strategik berkenaan.

Sebelum ini, Mohamad Hasan mengesahkan kapal terbabit sedang menunggu laluan selamat, manakala isu tol timbul selepas dakwaan Iran mengenakan bayaran kepada kapal asing di selat tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker