Malaysia
Operasi pembenihan awan bermula hari ini sehingga Khamis – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Tentera Udara Diraja Malaysia melaksanakan Operasi Pembenihan Awan selama
Operasi yang dijalankan selama empat hari itu adalah bagi bagi meningkatkan paras empangan serta memastikan bekalan air mencukupi ketika cuaca panas.
Operasi tertumpu di Kedah, Perlis, Perak dan Johor, melibatkan penggunaan 800 kilogram garam sehari yang dilarutkan sebelum disembur ke dalam awan kumulus menggunakan pesawat C-130 Hercules pada ketinggian 5,000 hingga 9,000 kaki bagi merangsang hujan.
Sebanyak 11 empangan terlibat termasuk Timah Tasoh, Ahning, Pedu, Muda, Temenggor, Bukit Merah serta beberapa empangan di Johor seperti Lebam, Layang dan Machap.




