Malaysia
Nak jimat kos minyak? MOT cadang ‘carpool’ ke pejabat

Kementerian Pengangkutan menggalakkan orang ramai mengamalkan carpool sebagai langkah menjimatkan kos bahan api ketika berdepan kenaikan harga minyak.
Menterinya, Anthony Loke berkata syarikat e-hailing disaran memperluaskan konsep perkongsian perjalanan bagi memberi pilihan tambang lebih murah kepada pengguna, selain meningkatkan kecekapan perjalanan.
Pendekatan itu boleh dilaksanakan segera susulan pelaksanaan awal sebelum ini yang menunjukkan keberkesanannya.
Beliau turut memaklumkan konflik Asia Barat memberi kesan kepada sektor penerbangan apabila penutupan ruang udara memaksa pesawat menukar laluan, sekali gus memanjangkan tempoh perjalanan terutama ke Eropah.




