Malaysia
Wanita diserang ‘housemate’ di apartmen di Sepang, masih kritikal

Seorang wanita berusia 34 tahun parah selepas diserang dengan senjata tajam di rumah sewanya di sebuah apartmen di Bandar Sunsuria, Sepang pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penuntut universiti swasta ditahan pada hari sama.
Suspek merupakan penyewa baharu di unit dua bilik itu dan tidak mempunyai hubungan dengan mangsa.
Mangsa kini kritikal namun stabil dan dirawat di ICU Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Setakat ini, 10 saksi telah dirakam keterangan.
Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah. Dia direman tujuh hari hingga 16 April untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.




