Malaysia
Lebih 80 kapal Global Sumud Flotilla 2.0 mula belayar

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 secara rasmi memulakan pelayaran menuju ke Gaza dari Pelabuhan Barcelona pada Ahad.
Konvoi antarabangsa itu berlepas sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, dengan matlamat utama memecahkan sekatan ke atas Gaza serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang terjejas.
Antara wakil Malaysia yang terlibat ialah wartawan veteran Zainal Rashid Ahmad serta pempengaruh Ahmad Faezal Mohd. Shariff.
GSF 2.0 menghimpunkan lebih 80 kapal dan kira-kira 1,000 peserta dari seluruh dunia, merangkumi usaha maritim serta gerakan sokongan di darat termasuk advokasi undang-undang dan kempen solidariti di pelbagai negara.




