Dunia
Iran sah beraksi di Piala Dunia 2026, bakal hadap AS atas padang

Presiden FIFA, Gianni Infantino mengesahkan Iran akan tetap beraksi di Piala Dunia 2026 walaupun konflik di Asia Barat masih berterusan.
Menurutnya, Iran sudah layak dan akan mengambil bahagian seperti dijadualkan, termasuk perlawanan di Amerika Syarikat pada Jun nanti.
Penyertaan pasukan itu sebelum ini menjadi persoalan susulan konflik melibatkan Iran dengan AS dan Israel sejak Februari lalu.
Infantino menegaskan sukan tidak seharusnya dipengaruhi politik dan FIFA akan terus memainkan peranan dalam mengekalkan hubungan antara negara.
Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama AS, Mexico dan Kanada dijadual bermula 11 Jun.




