Malaysia
Babak lucah tiada dalam skrip, UM mohon maaf isu kontroversi teater

Universiti Malaya (UM) memohon maaf susulan babak kontroversi dalam pertandingan teater di kampus itu yang tular di media sosial yang didakwa berunsur lucah dan tidak sopan.
UM memaklumkan siasatan mendapati babak berkenaan tidak terdapat dalam skrip asal yang telah ditapis, sekali gus melanggar peraturan pertandingan yang melarang kandungan berunsur negatif atau menjejaskan nilai agama, moral dan budaya.
Susulan itu, pementasan berkenaan dibatalkan daripada penilaian, manakala tindakan lanjut sedang diambil bagi memperketat pemantauan dan mengelakkan kejadian berulang.
Isu itu tercetus selepas video memaparkan adegan intim di atas pentas menjadi tular dan mengundang kecaman orang ramai.




