DuniaMalaysia

Thailand rancang tamatkan kemasukan bebas visa 60 hari, perketat saringan pelancong

Thailand merancang untuk menamatkan skim kemasukan bebas visa selama 60 hari sebagai langkah memperketat saringan pelawat asing, lapor The Bangkok Post hari ini.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Surasak Phancharoenworakul berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menarik pelancong berkualiti tinggi yang tinggal lebih lama.

Menurutnya, kerajaan sedang menilai semula dasar visa selepas tempoh percubaan, dengan maklum balas dikumpulkan daripada pelbagai agensi.

Cadangan awal adalah untuk menamatkan kemasukan bebas visa bagi semua negara dan kembali kepada syarat visa seperti sebelum ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker