Malaysia

RM9.24 Juta disalur kepada 462 rumah ibadat India, tiada permohonan ditolak

Kerajaan MADANI melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) terus memperkukuh institusi kerohanian komuniti India apabila sebanyak RM9.24 juta telah disalurkan kepada 462 rumah ibadat Hindu di seluruh negara menerusi Program Dharma MADANI.

Bantuan itu diumumkan dalam Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Kuil Hindu Fasa Kedua di Dewan Kalamandapam, Brickfields, dengan agihan terbaru sebanyak RM6 juta diberikan kepada 300 buah kuil.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini mencecah RM9.24 juta kepada 462 pusat ibadat, sebagai sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM20 juta yang menyasarkan manfaat kepada 1,000 kuil Hindu, dengan setiap satu menerima RM20,000.

Menjelaskan isu permohonan yang masih belum diluluskan, pihak MITRA menegaskan tiada sebarang permohonan ditolak. Sebaliknya, sebanyak 381 permohonan hanya ditangguhkan sementara kerana dokumen belum lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker