Malaysia

Pandu lawan arus dalam keadaan mabuk, lelaki warga China direman 4 hari

Seorang lelaki warga China berusia lingkungan 50-an direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Mei bagi membantu siasatan selepas dipercayai memandu melawan arus dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol di Jalan Lencongan Barat, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan berlaku pertembungan antara kereta dipandu suspek dengan sebuah lagi kenderaan selepas lelaki terbabit dikesan memandu secara melawan arus di laluan berkenaan.

Akibat kemalangan itu, suspek mengalami luka kecil di bahagian muka, manakala pemandu sebuah lagi kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker