Malaysia

Wanita 20-an maut selepas MPV terjunam dalam Sungai Muar 

Seorang wanita lingkungan 20-an ditemukan lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjunam ke Sungai Muar di Tanjung Agas semalam.

Pusat panggilan kecemasan menerima laporan pada 3.48 petang sebelum 10 anggota dari BBP Muar dan Tangkak digerakkan ke lokasi.

Pasukan penyelamat mendapati mangsa terperangkap di dalam sebuah MPV Nissan Grand Livina sebelum berjaya mengeluarkannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan pada 4.40 petang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker