Malaysia

“Jadi cikgu ke pembantu rumah?” Jawatan ‘private teacher’ diiklankan syarikat artis popular jadi bualan

Iklan jawatan kosong bagi posisi Private Teacher (Stay-In) yang dimuat naik di laman LinkedIn oleh sebuah syarikat dipercayai milik seorang penyanyi terkenal menjadi bualan hangat di media sosial selepas menawarkan gaji antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.

Jawatan itu memerlukan calon mengajar serta mengurus dua orang kanak-kanak dalam persekitaran kediaman di Bukit Antarabangsa, selain perlu tinggal bersama majikan dengan hanya satu hari cuti seminggu.

Menurut iklan di LinkedIn, tugas bukan sekadar mengajar tetapi turut meliputi membantu kerja rumah, merancang aktiviti, memantau waktu makan dan rehat, serta menjaga kebersihan dan keselamatan anak.

Walaupun disediakan penginapan dan makanan, rata-rata netizen menganggap gaji ditawatkan tidak sepadan dengan beban kerja dan waktu panjang. Ramai menyifatkan tanggungjawabnya lebih menyerupai pengasuh atau pembantu rumah daripada guru peribadi.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna yang menyifatkan jawatan itu tetap akan menarik perhatian ramai, terutama kerana peluang tinggal serumah dengan penyanyi terkenal tersebut dianggap satu pengalaman unik dan eksklusif.

Berdasarkan pemerhatian Telus Malaysia, iklan tersebut memaparkan bahawa syarikat itu tidak lagi menerima permohonan baharu setakat ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker