Malaysia

Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras longkang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.47 malam.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya kemudian digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.13 malam untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Laporan daripada orang awam memaklumkan mangsa jatuh ke dalam longkang pada jam 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker