Dunia

Wanita OKU penglihatan ‘dilanggar’ skuter rupanya berlakon demi konten, dua individu ditahan

Satu video memaparkan seorang wanita kurang upaya (OKU) penglihatan didakwa dilanggar penunggang skuter di laluan pejalan kaki di China rupanya hanyalah lakonan demi meraih perhatian dan pengikut media sosial.

Dalam rakaman tular itu, wanita terbabit dilihat berjalan di atas laluan khas orang buta sebelum sebuah skuter tiba-tiba meluru ke arahnya lalu melanggarnya.

Penunggang lelaki tersebut kemudian berhenti dan memarahi mangsa kerana didakwa tidak melihat jalan ketika berjalan, walaupun dia sendiri menunggang di laluan pejalan kaki.

Wanita tersebut mendakwa mengalami kecederaan pada tangan selepas kejadian itu, namun dilaporkan sudah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, polis kemudian mendedahkan insiden itu sebenarnya dirancang bersama oleh kedua-dua individu terbabit untuk tujuan mendapatkan tontonan dan keuntungan di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker