Dunia

Pelacong Malaysia dituduh tak bayar makan di Jakarta, Pihak restoran mohon maaf

Enam pelancong dari Malaysia berdepan detik mengejutkan ketika bercuti di Jakarta, Indonesia apabila mereka dituduh tidak membayar bil makanan di sebuah restoran popular, Pagi Sore. Lebih mengejutkan, wajah mereka turut ditularkan di media sosial oleh pihak restoran walaupun mereka sebenarnya sudah melunaskan bayaran sepenuhnya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 13 Mei lalu apabila kumpulan tersebut tiba di Jakarta melalui penerbangan awal pagi sebelum singgah makan di restoran berkenaan.

Difahamkan, pelancong berkenaan menegaskan bahawa semua bayaran telah dibuat seperti biasa ketika berada di restoran tersebut.

Bagaimanapun, pihak restoran mengakui berlaku kesilapan rekod pembayaran dan menyatakan insiden itu berpunca daripada salah faham. Mereka kemudian membuat permohonan maaf selepas bukti pembayaran dikemukakan oleh pihak pelancong.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker