Malaysia

Telefon dijawab tanpa suara, lelaki ditemui maut dalam kereta berkunci

Seorang lelaki ditemui maut dalam sebuah kereta berkunci yang diparkir di kawasan bertentangan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang, hari ini.

Mangsa yang berusia 37 tahun itu ditemui dalam keadaan sudah membengkak selepas orang ramai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kenderaan itu berada di lokasi berkenaan untuk tempoh yang lama.

Menurut laporan, kejadian terbongkar selepas beberapa panggilan telefon yang dibuat kepada mangsa dijawab, namun tiada sebarang suara kedengaran di hujung talian.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker