Malaysia
AirAsia mohon maaf selepas keluarga diarah turun pesawat

AirAsia memohon maaf selepas sebuah keluarga diarahkan turun dari pesawat di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 26 Mei lalu ketika dalam perjalanan ke Kuching, Sarawak.
Insiden itu membabitkan anak perempuan keluarga berkenaan yang menghidap cerebral palsy kuadriplegik dan menggunakan kerusi khas keselamatan kanak-kanak.
Ibu kanak-kanak itu, Syarifah Ella Wan Wahab, mendakwa mereka telah menaiki pesawat sebelum dimaklumkan bahawa kerusi tersebut tidak dibenarkan digunakan.
Menurut AirAsia, keputusan itu dibuat berdasarkan keperluan keselamatan dan prosedur operasi yang sedang berkuat kuasa ketika itu. Syarikat penerbangan itu turut mengakui kesulitan yang dialami keluarga berkenaan.




