Malaysia
Trend ubah suai motosikal ekstrem meningkat, JPJ beri amaran tegas

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberi amaran keras terhadap peningkatan trend ubah suai motosikal secara ekstrem yang semakin berleluasa di jalan raya seluruh negara.
Menurut JPJ pada Rabu, pihaknya akan lebih tegas dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penunggang yang ubah suai motosikal tidak mengikut spesifikasi serta membahayakan keselamatan jalan raya.
JPJ turut menjelaskan bahawa antara kesalahan yang sering dikesan termasuk pengubahsuaian enjin secara melampau, struktur motosikal yang diubah sehingga tidak stabil, serta penggunaan aksesori yang tidak dibenarkan.
JPJ menegaskan bahawa langkah ini bukan untuk menyusahkan pengguna, sebaliknya bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin.




