Malaysia

PN rombak kepimpinan, Radzi Jidin dan Azmin Ali diberhentikan serta-merta

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbirannya dengan menghentikan perkhidmatan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata langkah itu dibuat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Menurut beliau, rombakan tersebut bertujuan memperkukuh jentera dan struktur pentadbiran gabungan berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ahmad Samsuri memaklumkan bahawa Radzi yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN digantikan oleh Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker