18 Pelajar terbaik STPM terima biasiswa universiti awam

Seramai 18 pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau memaklumkan tawaran itu diumumkan sempena Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2025 dan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET serta Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warga Asing yang diadakan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Menurut Fadhlina, biasiswa tersebut merangkumi tajaan yuran pengajian sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan pelajar serta usaha menggalakkan lebih ramai memilih laluan Tingkatan Enam ke universiti.
Dalam majlis sama, STPM 2025 turut mencatat peningkatan prestasi dengan PNGK kebangsaan meningkat kepada 2.88 berbanding 2.85 pada tahun sebelumnya.




