Malaysia

Suami tetak isteri, dipercayai cemburu kerana berbual dengan jiran lelaki

Seorang wanita berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah selepas dipercayai diserang suaminya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Mangkupa, Jalan Popok, Kota Marudu.

Kejadian dilaporkan kepada pihak polis sekitar jam 9.06 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, insiden berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila suspek berusia 50 tahun tidak berpuas hati selepas mendakwa isterinya berhubung atau berbual dengan jiran lelaki.

Pertengkaran mulut berlaku sebelum suspek didakwa mengambil parang dari dapur dan menyerang mangsa di kawasan halaman rumah.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami sekurang-kurangnya 14 kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk leher, bawah dagu, kedua-dua tangan, tapak tangan, kening serta lutut kanan.

Mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk rawatan susulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker