Sukan

FIFA siasat dakwaan rasis terhadap IShowSpeed ketika Piala Dunia

Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) membuka siasatan berhubung dakwaan penderaan berunsur perkauman membabitkan pempengaruh media sosial Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed, ketika perlawanan Argentina menentang Cape Verde di Stadium Hard Rock, Miami pada 3 Julai lalu.

Insiden itu didakwa berlaku ketika aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA, selepas IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr, 21, yang memakai jersi Cape Verde berdepan seorang penyokong Argentina di tempat duduk penonton.

FIFA memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut dan segera memulakan siasatan. Badan bola sepak dunia itu menegaskan Piala Dunia FIFA merupakan simbol perpaduan, kepelbagaian dan rasa hormat, serta tidak akan menerima sebarang tindakan yang bertentangan dengan nilai tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker