Malaysia
Anwar tekankan pembangunan bakat, AI perkukuh daya saing negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan bakat dan kesiapsiagaan kecerdasan buatan (AI) penting untuk memperkukuh daya saing Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat delegasi Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) yang diketuai Presidennya, Prof ChM Dr Juan Joon Ching, hari ini.
Menurut Anwar, golongan profesional merupakan rakan strategik dalam memacu inovasi dan menjayakan agenda MADANI, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kecemerlangan profesional di rantau ini.




