Malaysia

Papan tanda Network School diturunkan, operasi dihentikan

Premis Network School di Forest City, Johor kini lengang selepas lesen perniagaan NSO Malaysia Sdn. Bhd. dibatalkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkuat kuasa 22 Julai.

Tinjauan mendapati notis penutupan sementara ditampal di pintu masuk utama, manakala papan tanda syarikat telah diturunkan. Beberapa pengawal keselamatan masih berada di kawasan premis.

MBIP memaklumkan lesen dibatalkan kerana syarikat melanggar syarat pelesenan, termasuk menjalankan operasi tanpa lesen yang sah bagi salah satu premis.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri menyokong penuh tindakan itu dan akan bekerjasama dengan KPT, KDN dan JIM bagi memastikan semua aspek perundangan dipatuhi, termasuk melibatkan status pelajar antarabangsa yang terjejas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker