Malaysia

Pengundi perlu nilai manifesto berdasarkan prestasi, bukan janji – Zafrul

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggesa pengundi Negeri Sembilan menilai manifesto parti politik berdasarkan rekod pelaksanaan, bukannya sekadar janji pilihan raya.

Menurut beliau, rakyat kini lebih bijak menilai sama ada sesuatu janji benar-benar ditunaikan, sekali gus menjadikan prestasi pentadbiran sebagai ukuran utama dalam membuat pilihan.

Zafrul berkata, parti yang mempunyai rekod menyampaikan hasil kepada rakyat akan memperoleh keyakinan pengundi berbanding mereka yang hanya menawarkan janji tanpa bukti pelaksanaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker