Dunia

Gempa bumi Jepun ragut 13 nyawa, operasi mencari diteruskan

Sekurang-kurang 13 orang maut selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Wilayah Kumamoto, Pulau Kyushu, Jepun pada semalam, 28 Julai.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mengesan mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

Gempa itu menyebabkan Aeon Mall di Kashima runtuh sebahagiannya sebelum berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran gas. Selain itu, beberapa bangunan lain turut rosak, manakala bekalan elektrik, air dan perkhidmatan kereta api turut terjejas.

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengarahkan operasi menyelamat dipercepatkan dan bantuan segera disalurkan kepada mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker