Malaysia

Kenderaan disembur cat merah di MRT Kajang, polis siasat

Polis menyiasat kejadian beberapa kenderaan disembur cat merah di kawasan parkir Stesen MRT Kajang pada 4 Ogos.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan diterima pada jam 8.29 malam daripada seorang wanita tempatan berusia 48 tahun.

Wanita itu mendapati keretanya mengalami kesan semburan cat merah selepas mengambil semula kenderaan yang diletakkan sejak jam 6 pagi.

Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi mengesan individu yang terlibat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker