Malaysia
Tular bantuan SARA RM100, kementerian kewangan sahkan ia palsu

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan tular di media sosial bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan sekali bayar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sempena sambutan Hari Kebangsaan.
MOF menegaskan poster yang mendakwa pemberian bantuan tersebut adalah palsu dan sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan berhubung pembayaran SARA RM100 seperti yang didakwa.
Sehubungan itu, kementerian mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.



