Malaysia

Kerajaan Kedah gagal rayu isu pengeluaran lesen judi

Kerajaan Negeri Kedah gagal dalam rayuan untuk mengembalikan keputusan tidak memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu selepas Mahkamah Rayuan pada 12 Disember 2025 menolak rayuan berkenaan.

Panel tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1, dengan Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Dr Lim Hock Leng menolak rayuan kerajaan negeri serta Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Mahkamah berpandangan urusan lesen perjudian berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kewangan, dan tindakan Kedah dianggap menceroboh bidang kuasa tersebut.

Kes itu bermula selepas beberapa pengendali perjudian mencabar keputusan Kedah untuk tidak memperbaharui lesen premis perjudian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker