Malaysia
Pergaduhan di Taman Alam Megah, seorang maut selepas dilanggar MPV

Seorang lelaki maut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Jalan Mandolin 33/5, Taman Alam Megah, Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sarudin Samah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang.
Berdasarkan rakaman CCTV, berlaku pergaduhan sebelum tercetus kejadian tetak antara kumpulan terbabit. Sebuah MPV berwarna biru dipercayai melanggar seorang lelaki sehingga maut di tempat kejadian.
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki warga India bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




