
Seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan hilang selepas banjir melanda daerah Rasuwa, Nepal, dengan lebih 380 pelancong turut dilaporkan belum dapat dikesan.
Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, 291 daripada jumlah itu adalah warga asing.
Wisma Putra berkata, Kedutaan Malaysia di Kathmandu menerima laporan hubungan dengan 11 rakyat Malaysia di Rasuwa terputus akibat gangguan komunikasi dan bekalan elektrik.
Kedutaan Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pasukan mencari dan menyelamat Nepal bagi mengesan rakyat Malaysia terbabit.
Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Nepal supaya berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan pihak berkuasa tempatan.




