Malaysia
Jerebu makin teruk, kes jangkitan pernafasan melonjak 124%

Kes jangkitan saluran pernafasan atas atau URTI meningkat 124 peratus susulan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 3,674 kes URTI direkodkan pada minggu epidemiologi ke-33, berbanding 1,637 kes pada minggu sebelumnya. Kes asma turut meningkat 259 peratus, daripada 61 kepada 219 kes.
Pada 23 Ogos, tujuh kawasan termasuk Serian, Kuching, Sri Aman, Samarahan dan Sarikei di Sarawak merekodkan bacaan API tidak sihat.
Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas serta mereka yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu ketika keadaan jerebu.




