Malaysia
Tiga bekas PM hadir mahkamah serentak, institusi Malaysia jadi perhatian

Tiga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi prosiding kes berasingan.
Najib berdepan saman sivil berkaitan 1MDB bernilai AS$5.64 bilion, manakala Muhyiddin menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa.
Ismail Sabri pula didakwa gagal mengisytiharkan aset kepada SPRM, termasuk wang tunai pelbagai mata wang dan lima jongkong emas.




