Malaysia

Serpihan konkrit bangunan warisan jatuh, wanita cedera ketika Festival Hantu Lapar

Seorang wanita berusia 20-an cedera selepas terkena serpihan konkrit sebuah bangunan warisan di Lebuh China, kira-kira jam 11.30 malam tadi ketika Festival Hantu Lapar.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kabel penyambung pada dinding tercabut, menyebabkan struktur di penjuru bangunan tertanggal dan serpihannya terkena mangsa. Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.

MBPP membersihkan kawasan kejadian dan memasang pita keselamatan. Ketika kejadian, kawasan berkenaan dipenuhi orang awam yang menyaksikan perarakan festival.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker