
Peminat K-pop antarabangsa menggesa pelakon Korea Selatan, Kim Soo-hyun, dikeluarkan daripada dua acara anugerah yang bakal berlangsung, susulan kontroversi berkaitan hubungannya dengan mendiang pelakon Kim Sae-ron.
Pihak penganjur The Fact Music Awards pada 28 Ogos mengumumkan Kim Soo-hyun akan hadir sebagai penyampai anugerah di Busan Asiad Main Stadium pada 19 September.
Pengumuman itu mencetuskan bantahan peminat K-pop antarabangsa di media sosial menerusi tanda pagar #KimSooHyunOutAAA, dengan gesaan agar pelakon berusia 38 tahun itu digugurkan daripada acara berkenaan.
Bagaimanapun, bantahan itu berlaku selepas polis Korea Selatan pada Julai memutuskan untuk tidak merujuk Kim Soo-hyun kepada pendakwa raya kerana kekurangan bukti dalam dakwaan berkaitan Kim Sae-ron.




