Malaysia

Enam termasuk empat sekeluarga masih hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah

Sepasang suami isteri, dua anak serta dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus hubungan ketika mendaki Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing pada Isnin.

Empat sekeluarga itu ialah Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.

Dua malim gunung yang turut hilang ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, dari Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laporan dibuat ahli keluarga di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam pada jam 8.57 pagi Ahad selepas gagal menghubungi keenam-enam mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker