Malaysia

Polis siasat dakwaan Abdul Hadi ditawar AS jatuhkan kerajaan BN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan kerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, PDRM menerima 12 laporan polis dan sudah mengambil keterangan 12 saksi. Keterangan Abdul Hadi juga akan diambil bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput bertemu wakil Kedutaan AS ketika lawatan Barack Obama ke Malaysia pada 2014. Kedutaan AS bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak benar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker