DuniaMalaysia

Ringgit kekal kental, konflik Asia Barat tekan harga minyak

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat pada Selasa, 8 September 2026, ketika pelabur terus berhati-hati susulan konflik di Asia Barat.

Pada jam 8 pagi, ringgit berada pada RM4.0420 hingga RM4.0480 berbanding dolar AS, sedikit mengukuh daripada RM4.0440 hingga RM4.0485 pada penutupan Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata konflik itu boleh menyebabkan inflasi AS kekal tinggi, sekali gus menyokong dolar AS dan meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan.

Beliau menjangka ringgit bergerak dalam julat RM4.04 hingga RM4.05 berbanding dolar AS hari ini, manakala harga minyak mentah dijangka kekal tinggi akibat gangguan bekalan dari rantau Teluk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker